Ummu Hafsah

Sannah helwa, my mother.

The one who put her life at stake for mine. Here’s a short narration for you.

Gambar ini diambil pada 21 Mei 2011 ketika saya dan adik di dalam Metro di Paris, Perancis. Sedang leka melayan perasaan sendiri tiba-tiba saya terdengar seorang wanita tua bersin persis ibu saya. Terus saya katakan pada adik saya, “bersin macam umi.” Adik saya menjawab, “Aku baru nak cakap benda yang sama.” Ya Rabb, terima kasih kerana meminjamkan kami secebis kasih sayangMu sehingga kami mampu berkasih sayang sesama sendiri. Rahmatilah ibu bapa kami, wahai Allah.

 

Wahai Rabb ku – Ya Wahid,

demi dia yang Kau maqamkan menjadi ummi,

janganlah Kau pandang dia melainkan Kau rahmatinya,

janganlah Kau dengar dia melainkan Kau terima semuanya.

 

Wahai Rabb ku – Ya Sami’,

demi dia yang Kau maqamkan sehingga tiada terhijab doanya,

janganlah Kau dengar doanya melainkan semuanya Kau kabuli,

janganlah Kau melihat melainkan Kau redhai dia.

 

Wahai Rabb ku yang paling mengasihani,

demi dia yang Kau maqamkan lelahnya menjadi peluput dosa,

janganlah Kau pandang dia melainkan untuk mengampuninya,

janganlah Kau terimanya melainkan sempurna agamaMu dia imani.

 

Wahai Rabbku yang amat Mujib,

demi dia yang Kau maqamkan dengan kesabaran paling dahsyat,

demi dia yang Kau maqamkan dengan akhlak yang amat santun,

demi dia yang Kau maqamkan dengan tutur yang sungguh budiman,

yang Kau maqamkan dengan kasih sayang yang amat sayu,

yang Kau maqamkan dengan rindu yang amat selalu,

Kau ampunkanlah dia untukku,

Kau ampunkanlah dia untukku,

Kau ampunkanlah dia untukku yang memohon.

Kau limpahkanlah hati dan nyawanya keamanan,

Kau curahkanlah redha padanya secara zahir dan batin.

 

Ya Mutakabbir – Rabb ku,

Ya Basit – Rabbku,

Ya Muizz – Rabbku,

Kau lenturlah hati kami agar cenderung kepadaMu,

runtuhkanlah setiap dinding ego kami yang cuba membusut sehingga kami akur hanya padaMu,

lembarkanlah kami selimut yang menenteramkan hati kami yang Kau cuitkan sedikit takut, setimba lara dan semusim gusar,

dan Kau pandanglah aku dan dia dengan pandangan rahmatMu.

This narration is composed out of the Asma Ul Husna (the 99 names of Allah), a sentence from surah Al-Baqarah (who can tell which line and from which ayah is it) and certainly a lot of doa for my beloved mother. May Allah gather all of us with those we love in His Jannah one day, insyaAllah.

I named this narration as Ummu Hafsah because like the benefit of using nicknames like Abu Hurairah, Ummu Hafsah refers to my mother. Ummu means the mother of, and Hafsah is my second name. Tabarakallah, ya Ummu Hafsah.

 


soalbaby

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top