Ulasan Buku: Virologi – Kenali Virus Punca Penyakit

WOUII  merupakan laman web berkonsepkan kids and moms yang membantu ibu bapa serta sesiapa sahaja yang mencari produk barangan bayi sebagai barangan untuk memulakan perniagaan mereka sendiri. Tidak seperti laman web yang lain, WOUII menyediakan  FREE SHIPPING COST untuk barangan bayi tertentu. WOUII membantu ibu bapa mendapatkan barangan bayi dan kanak-kanak melalui systematic reward, dropship & wholesale facilities.

Klik di sini untuk maklumat lanjut. 

Amatlah susah untuk menukilkan review kali ini, bukan saja kerana genre buku ini yang sangat berbeza dengan naluri dan preference bacaan saya, tetapi juga kerana penulisnya; Zuridah Hassan adalah ibu saya sendiri. Namun, adalah lebih sukar untuk tidak membuat review mengenai buku Virologi: Kenali Virus Punca Penyakit ini kerana apa pula alasan saya untuk tidak review hasil tidur yang sedikit ibu saya dalam memastikan pengalaman dan ilmunya dibukukan menjadi lagenda kepada koleksi buku-buku kami di perpustakaan kami di rumah. Buku yang sepatutnya menjadi ilmiah bertukar menjadi novel berair mata tatkala saya membaca bahagian penghargaannya. It is too personal I could relate to every name mentioned including mine. 

Bagi pendapat saya, buku ini sangat bagus untuk para pelajar jurusan sains dan perubatan kerana di awal bab pertama lagi ciri-ciri asas virus telah diperkenalkan penulis. Kemudiannya, topik diteruskan lagi dengan penceritaan mengenai bagaimana virus diberi nama. Menarik juga part ni.

Bab 2 menceritakan bagaiamana ujian diagnostik makmal dilakukan bagi tujuan pengecaman virus. Saya tersenyum membaca dua dari teknik yang dibincangkan iaitu; telur anak ayam berembrio dan teknik molekular. Pada umur saya 10 tahun, ketika ibu saya menyiapkan masters-nya, saya pernah beberapa kali melihat bagaimana teknik telur anak ayam berembrio dijalankan, malah sering juga saya dan ibu balik lewat petang dan kami sama-sama melihat isi kandungan telur yang dibuat.

Teknik molekular dilakukan ketika saya sudah agak dewasa sewaktu ibu saya menyiapkan Ph.D-nya. Waktu ini saya kurang terlibat kerana sudah besar dan sains tidak pernah menjadi satu topik menarik untuk saya. Walau bagaimanapun, saya sangat gembira kenangan balik ke sekolah dan duduk di dalam makmal yang sejuk berjam-jam sentiasa segar di dalam minda saya. Itulah antara kenangan yang dibangkitkan semula oleh buku ini.

Buku Virologi: Kenali Virus Punca Penyakit ini akhirnya menjadi semakin susah untuk saya fahami, jadi saya tamatkan saja bacaan sebaik sahaja melihat gambar ibu saya di dalamnya. Tetapi, sebelum menutup buku, tajuk perkembangan rota virus di Malaysia membuat saya tersenyum. Rotavirus – my is the expert, I thought. 

Kami sekeluarga banyak membaca buku Tun Dr M dan Tun Dr Siti Hasmah dan menyimpan beberapa koleksi yang kami suka, tetapi alhamdulillah, sekarang kami ada satu lagi Dr untuk kami banggakan, tentunya ibu saya Professor Madya Dr Zuridah Hassan. Dia tidak suka dipanggil sebagai Professor (Madya) kerana khidmatnya yang telah lama tamat, tetapi in respect to education and her great achievement, I think she deserves it here. Well done, my legendary successful mother. Alhamdulillah atas pinjaman Allah ke atas kita sekeluarga.

Info buku

Tajuk: Virologi Kenali Virus Punca Penyakit

Penerbit: Penerbit UiTM

ISBN: 978 967 363 507 8

Syeri 

Instagram: syarifah.hafsah
Newsletter: www.wouii.com
Facebook: www.facebook.com/wouiiworld

 

WOUII  merupakan laman web berkonsepkan kids and moms yang membantu ibu bapa serta sesiapa sahaja yang mencari produk barangan bayi sebagai barangan untuk memulakan perniagaan mereka sendiri. Tidak seperti laman web yang lain, WOUII menyediakan  FREE SHIPPING COST untuk barangan bayi tertentu. WOUII membantu ibu bapa mendapatkan barangan bayi dan kanak-kanak melalui systematic reward, dropship & wholesale facilities.

Klik di sini untuk maklumat lanjut. 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll To Top