Ulasan Buku: Travelog Usahawan Muda

WOUII  merupakan laman web berkonsepkan kids and moms yang membantu ibu bapa serta sesiapa sahaja yang mencari produk barangan bayi sebagai barangan untuk memulakan perniagaan mereka sendiri. Tidak seperti laman web yang lain, WOUII menyediakan  FREE SHIPPING COST untuk barangan bayi tertentu. WOUII membantu ibu bapa mendapatkan barangan bayi dan kanak-kanak melalui systematic reward, dropship & wholesale facilities.

Klik di sini untuk maklumat lanjut. 

Lamanya masa yang diambil untuk menghabiskan senaskah buku bertajuk Travelog Usahawan Muda nukilan Kaizan Nazlan kali ini. Tentu sahaja kerana saya memang seorang slow-reader (my mind works the imagination of each word longer than the reading process itself) juga kerana saya  adalah usahawan tapi ternyata perjalanan yang dibentang oleh Kaizan di dalam buku ini berbeza sekali likunya dengan yang saya lalui. 

Menariknya buku yang tebal ini banyak membawa kepada saya kesunyian dan kesepian perit jerih seorang manusia yang berusaha menjadikan perniagaan sebagai periuk nasinya. Ianya sebuah hasil kerja perkongsian yang sebenarnya sedih (sombre) dan menyantap saya untuk berfikir bahawa beruntungnya saya mempunyai perniagaan yang duduk di dalam aircond, staff semua di telunjuk jari saya dan sebenarnya usaha saya tidaklah sesusah sebahagian peniaga yang lain. 

Apapun perasaan yang diceritakan, buku ini adalah sebuah ajakan kepada realiti bahawa perniagaan is a lonely journey  yang semua anak muda perlu sedar, faham dan sanggup terima sekiranya mereka mahu melibatkan diri dalam kancah perniagaan. 

 

Buku ini sesepi kulit depan dan belakangnya juga. Tak percaya? Beli dan baca sendiri. – Gambar adalah hasil carian Google

Buku ini mempunyai penceritaan yang lebih tersusun (structured), dan padat dengan pelajaran. Saya beri buku Travelog Usahawan Muda ini  5 bintang walaupun penulisnya; Kaizan Nazlan tidak memerlukan bintang-bintang ini memandangkan pada saat ini buku ini telah jauh perginya. Saya juga memberi high recommendation untuk buku ini dibaca oleh anak-anak muda yang sedang jobless dan merasa putus idea untuk buat apa dengan ijazah mereka tanpa sebarang tawaran pekerjaan. The world doesn’t end there yet, guys! Read this book. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Syeri 

Instagram: syarifah.hafsah
Newsletter: www.wouii.com

 

WOUII  merupakan laman web berkonsepkan kids and moms yang membantu ibu bapa serta sesiapa sahaja yang mencari produk barangan bayi sebagai barangan untuk memulakan perniagaan mereka sendiri. Tidak seperti laman web yang lain, WOUII menyediakan  FREE SHIPPING COST untuk barangan bayi tertentu. WOUII membantu ibu bapa mendapatkan barangan bayi dan kanak-kanak melalui systematic reward, dropship & wholesale facilities.

Klik di sini untuk maklumat lanjut. 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll To Top