Ulasan Buku : Mr. Gentleman Dambaan Wanita (Ustaz Muhamad Abdullah Al-Amin)

WOUII  kini tampil dengan wajah baru dan produk-produk penjagaan diri wanita, lelaki dan kanak-kanak yang menarik pada harga berpatutan. WOUII juga membuka peluang perniagaan kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan produk jualan melalui pembelian secara borong bagi produk-produk yang dipaparkan di dalam online shop kami.

Klik di sini untuk maklumat lanjut. 

Saya terpaku melihat kulit buku ini saat perkataan RIJAL terpampang di atasnya. Tanpa berlengah, saya terus mencapai buku ini dan membuka helaian di bahagian isi kandungan untuk mengetahui apakah pendekataan yang digunakan untuk menerangkan perkataan RIJAL itu. Tajuk Mr. Gentleman Dambaan Hati Wanita itu hanya saya sedari setelah saya habis membaca buku ini ke helaian terakhir. Bukunya agak nipis, jadi saya luangkan masa hampir sejam berdiri di kedai buku untuk membaca keseluruhan buku ini.

Subhanallah, buku ini sesuai untuk bacaan pasangan suami isteri. Saya syorkan para isteri dahulu yang membaca walaupun hakikatnya buku ini lebih menekankan aspek tanggung jawab dan tugas suami. Hal ini kerana, sebagai seorang isteri dan wanita, sekiranya anda yang membaca buku ini dahulu, anda akan terdorong untuk mengubah diri anda dan juga berinovasi di dalam rumah tangga. Saya harap para isteri juga bersetuju jika saya katakan buku ini akan memberi anda inspirasi untuk anda menjadikan suami anda idola. Setelah itu, buku ini amat-amat perlu dibaca oleh para suami kerana bentuk penulisannya sangat heroic. 

Gambar ini saya ambil sendiri setelah selesai membaca buku ini. Interesting book, saya highly recommend.

Kaum lelaki khususnya kaum suami pasti merasa gagah dan berkuasa sepanjang pembacaaan kerana dengan adilnya, buku ini ditulis untuk mengingatkan anda mengenai tanggung jawab dan tugas anda bukan secara memerintah atau menafikan tugasan harian yang mungkin telah lama menjadi rutin anda, tetapi ianya digarap menjadikan anda mengingati semula bahawa andalah raja yang hebat (dalam konsep Islamik dan benar).

Saya berminat untuk menyentuh sedikit topik besar yang dikongsikan melalui buku Mr. Gentleman Dambaan Wanita nukilan Ustaz Muhamad Abdullah Al-Amin ini iaitu POLIGAMI! Seperti ramai wanita, saya juga sedikit skeptikal mengenai topik ini. Hampir-hampir saja saya menolak keseluruhan topik ini dari pembacaan saya, namun, akibat keasyikan membaca buku ini, saya sayang untuk lepaskan bab ini. Subhanallah, alangkah indahnya topik ini dihujahkan. Amat menyentuh hati saya selaku wanita lanjut usia (ehem…34 tahun baru!), apabila membaca mengenai bab poligami yang mana ianya diharuskan bagi melindungi wanita-wanita yang telah berumur, janda sama ada hidup atau mati daripada bahaya dan kesusahan. Cair dibuatnya. Terharu usah dikenang.

Secara keseluruhan, buku ini mungkin mempunyai kulit yang cliche, tajuknya yang sedikit trendy mungkin saja membuat anda fikir, well, that’s just another quickly-made-up bookbut NO!  Bacalah buku ini. Saya sangat mengesyorkan. Ingat, don’t judge a book by its cover! Inilah buku yang anda tidak patut nilai dari kulitnya. Jadi, apakah itu RIJAL? Anda kena baca buku ni dulu!

 

 

 

 

Syeri 

Instagram: syarifah.hafsah
Newsletter: www.wouii.com

 

WOUII  kini tampil dengan wajah baru dan produk-produk penjagaan diri wanita, lelaki dan kanak-kanak yang menarik pada harga berpatutan. WOUII juga membuka peluang perniagaan kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan produk jualan melalui pembelian secara borong bagi produk-produk yang dipaparkan di dalam online shop kami.

Klik di sini untuk maklumat lanjut. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll To Top