Ulasan Buku – Budak Kelas Belakang Langkahnya Panjang

WOUII  kini tampil dengan wajah baru dan produk-produk menarik untuk kegunaan seisi keluarga. WOUII juga membuka peluang perniagaan kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan produk jualan melalui pembelian secara borong bagi produk-produk yang dipaparkan di dalam online shop kami.

Klik di sini untuk maklumat lanjut. 

Saya ni jarang baca buku ala-ala hipster tetapi kali ni apabila buku ini dihasilkan dari orang yang membuka pintu untuk saya semakin mendalami bidang penulisan, maka saya amat berminat untuk mendapatkan buku hasil nukilan saudara Kaizan Nazlan ini. Tajuknya mungkin lebih sedap dan mudah diingat sebagai Budak Kelas Belakang, namun pada pendapat saya, kulit bukunya lebih menarik dari tajuk tersebut dan saya berasa amat akrab dengan grafik kulit buku tersebut. Grafik seorang budak lelaki menjunjung kerusi – saya pun pernah kena denda macam tu walaupun tak pernah berada di kelas belakang.

Di awal buku ini, penulis banyak menumpukan penulisannya pada hal-hal pendidikan negara seperti pengklasifikasi pelajar, sikap guru, malah perasaan beliau sendiri terhadap sistem pendidikan. Sebagai seorang guru, saya banyak berasa terkilan membaca bab-bab awal buku ini kerana sedih apabila membaca isi hati seorang pelajar dari kelas belakang. Namun, harus saya perbetulkan sedikit pandangan mengenai pengklasifikasian pelajar mengikut tahap bagi kelas-kelas di sekolah.

Walaupun benar berlaku pengasingan pelajar pintar dan pelajar lemah di sekolah,namun tindakan ini bukanlah sentiasa bertujuan untuk memencilkan mereka yang kurang pintar. Namun, ianya adalah usaha dalam memudahkan pembelajaran para pelajar sendiri. Sebagai contoh, ada ketikanya, jumlah jam pembelajaran sesetengah topik boleh dipercepatkan di kelas-kelas depan, tetapi boleh jadi topik yang sama memerlukan masa yang lebih untuk pelajar lemah. Dengan adanya pengklasifikasian pelajar, guru-guru dapat memfokuskan pengajaran mereka dengan lebih baik dari segi penyediaan lesson plan, bahan bantuan mengajar serta penyediaan soalan ujian bulanan.

Seterusnya, penulis meneruskan penulisannya dengan pelbagai kisah pengalaman hidupnya, tips kejayaan, tips perniagaan, kisah para ambiyak dan yang paling menarik hati ialah kisah Kampung LBJ. Betapalah seronoknya saya membaca bab Kampung LBJ sehingga saya berazam untuk pergi sendiri ke kampung tersebut memandangkan tiap-tiap hari saya lalu jalan kampung dan melepasi simpang ke Kampung LBJ. Sampai hari ini Kampung LBJ masih menyimpan rahsianya kerana saya masih belum berkesempatan untuk ke sana.

Walaupun penulisannya agak abrupt tapi saya dapati pembacaan saya terhadap buku ini berterusan (dan ya, saya ambil masa yang sangat lama) kerana penulis banyak menggunakan ayat-ayat dari Al-Quran dan hadis. Bagi saya, penulisan begini bagus sebagai sebaran agama yang ringkas tetapi sampai.

Akhir sekali, saya berasa amat bersyukur kerana telah membaca buku ini dari kulit ke kulit, kerana kalau saya tidak berbuat demikian sejak awal, tidaklah saya tahu bahawa Kaizan Nazlan rupanya adalah cucu kepada sasterawan negara Awang Had Salleh. Saya membesar dengan nama yang gah itu dan bersyukur Kaizan bukan sahaja penulis buku Budak Kelas Belakang, tetapi juga seorang sahabat alam maya yang banyak memberi dorongan untuk saya juga terus menyiapkan buku saya sendiri. Sebagai meneruskan permintaan penulis, jom kita ramai-ramai hashtag #budakkelasbelakang supaya beliau dan ramai lagi dapat membaca artikel ini dan bukunya. Selamat maju jaya, Kaizan. Tabarakallah.

Syeri 

Instagram: syarifah.hafsah
Newsletter: www.wouii.com

 

WOUII  kini tampil dengan wajah baru dan produk-produk menarik untuk kegunaan seisi keluarga. WOUII juga membuka peluang perniagaan kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan produk jualan melalui pembelian secara borong bagi produk-produk yang dipaparkan di dalam online shop kami.

Klik di sini untuk maklumat lanjut. 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll To Top