Suamiku Bukan 5 Sen

Suamiku Bukan 5 Sen

  Aku baru sahaja, derhaka tatkala, sang suami mengutip kepingan syiling di lantai kamar.   Sekeping syiling 5 sen, yang kurasa tidak apa-apa itu, Allahu, aku baru sahaja derhaka kerana 5 sen.   Aku baru sahaja, derhaka tatkala, suamiku merendahkan kepalanya, lalu tunduk mengutip syiling yang kubiarkan sahaja.   Mengapa aku terlalu enteng, 5 sen bagiku mungkin tak penting, tapi mungkin untuk itu juga keringat suamiku dibanting.   Maafkan aku sayang, nilaimu bukan pada wang dan syiling, engkau bukan untukku yang biasa-biasa, usahamu bukan bagiku tidak ada apa-apa. Tapi jelas, aku malas. Maka engkau mungkin rasa tak dihargai, engkau mungkin rasa berkecil hati.   Maaf ya, sayang. aku baru sahaja derhaka.