Tag: Muslim

Sepotong Ayat Dari Al-Quran : Allah Maha Pemberi Rezeki

Saba (34) ayat 39   قُلۡ اِنَّ رَبِّىۡ يَبۡسُطُ الرِّزۡقَ لِمَنۡ يَّشَآءُ مِنۡ عِبَادِهٖ وَيَقۡدِرُ لَهٗ ؕ وَمَاۤ اَنۡفَقۡتُمۡ مِّنۡ شَىۡءٍ فَهُوَ يُخۡلِفُهٗ ۚ وَهُوَ خَيۡرُ الرّٰزِقِيۡنَ‏     Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki”.

Sepotong Ayat Dari Al-Quran : Menyampaikan Amanat Kepada Yang Berhak & Berlaku Adil

Surah An-Nisa (4) : 58   إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا   Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.  

Sepotong Ayat Dari Al-Quran: Ingatlah Allah Sebanyak-banyaknya

Hari ni gambar dibawah di bawa keluar oleh Facebook. Somehow, setelah bertahun-tahun (almost 8 years, I think), saya pelajari bahawa apabila kita menulis di laman sosial, perkara yang baik untuk ditulis adalah perkara yang baik-baik kerana apa sahaja bentuk throwback yang dikeluarkan semula, sebenarnya adalah peringatan kepada kita tentang sikap dan akhlak lama kita. Jadi, hati-hatilah. Tulislah yang baik-baik sahaja. I decided to go raw today. So, saya tak taip, retype atau sebagainya. Hanya mengambil dari yang lama sahaja.  

Suamiku Bukan 5 Sen

Suamiku Bukan 5 Sen

  Aku baru sahaja, derhaka tatkala, sang suami mengutip kepingan syiling di lantai kamar.   Sekeping syiling 5 sen, yang kurasa tidak apa-apa itu, Allahu, aku baru sahaja derhaka kerana 5 sen.   Aku baru sahaja, derhaka tatkala, suamiku merendahkan kepalanya, lalu tunduk mengutip syiling yang kubiarkan sahaja.   Mengapa aku terlalu enteng, 5 sen bagiku mungkin tak penting, tapi mungkin untuk itu juga keringat suamiku dibanting.   Maafkan aku sayang, nilaimu bukan pada wang dan syiling, engkau bukan untukku yang biasa-biasa, usahamu bukan bagiku tidak ada apa-apa. Tapi jelas, aku malas. Maka engkau mungkin rasa tak dihargai, engkau mungkin rasa berkecil hati.   Maaf ya, sayang. aku baru sahaja derhaka.  

Sepotong Ayat Dari Al-Quran: Memohon Pertolongan Allah Dengan Sabar Dan Solat

Dalam surah Al-Baqarah terdapat dua surah yang menyuruh kita memohon pertolongan daripada Allah dengan sabar dan mengerjakan solat.     Yang pertama: Ayat 45 وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ  Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;   Yang kedua: Ayat 153 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ  Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. Di dalam ayat 153 juga mempunyai sebuah ayat kegemaran saya yang berbunyi: innallaha ma assobirin  (Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang…

Back to top