Tag: Adab

Sepotong Ayat Dari Al-Quran: Larangan Melakukan Kerosakan di Muka Bumi

Sepotong Ayat Dari Al-Quran: Al-Qasas (28) : ayat 77             “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan “.  

Suamiku Bukan 5 Sen

Suamiku Bukan 5 Sen

  Aku baru sahaja, derhaka tatkala, sang suami mengutip kepingan syiling di lantai kamar.   Sekeping syiling 5 sen, yang kurasa tidak apa-apa itu, Allahu, aku baru sahaja derhaka kerana 5 sen.   Aku baru sahaja, derhaka tatkala, suamiku merendahkan kepalanya, lalu tunduk mengutip syiling yang kubiarkan sahaja.   Mengapa aku terlalu enteng, 5 sen bagiku mungkin tak penting, tapi mungkin untuk itu juga keringat suamiku dibanting.   Maafkan aku sayang, nilaimu bukan pada wang dan syiling, engkau bukan untukku yang biasa-biasa, usahamu bukan bagiku tidak ada apa-apa. Tapi jelas, aku malas. Maka engkau mungkin rasa tak dihargai, engkau mungkin rasa berkecil hati.   Maaf ya, sayang. aku baru sahaja derhaka.  

Sepotong Ayat Dari Al-Quran: Memohon Pertolongan Allah Dengan Sabar Dan Solat

Dalam surah Al-Baqarah terdapat dua surah yang menyuruh kita memohon pertolongan daripada Allah dengan sabar dan mengerjakan solat.     Yang pertama: Ayat 45 وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ  Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;   Yang kedua: Ayat 153 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ  Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. Di dalam ayat 153 juga mempunyai sebuah ayat kegemaran saya yang berbunyi: innallaha ma assobirin  (Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang…

Ummu Hafsah

Sannah helwa, my mother. The one who put her life at stake for mine. Here’s a short narration for you.   Wahai Rabb ku – Ya Wahid, demi dia yang Kau maqamkan menjadi ummi, janganlah Kau pandang dia melainkan Kau rahmatinya, janganlah Kau dengar dia melainkan Kau terima semuanya.   Wahai Rabb ku – Ya Sami’, demi dia yang Kau maqamkan sehingga tiada terhijab doanya, janganlah Kau dengar doanya melainkan semuanya Kau kabuli, janganlah Kau melihat melainkan Kau redhai dia.   Wahai Rabb ku yang paling mengasihani, demi dia yang Kau maqamkan lelahnya menjadi peluput dosa, janganlah Kau pandang dia melainkan untuk mengampuninya, janganlah Kau terimanya melainkan sempurna agamaMu dia imani.   Wahai Rabbku yang amat Mujib, demi dia yang…

Happy Teacher’s Day to Myself

Happy Teacher’s Day to myself. This morning I woke up very well aware that it is 16th of the month and that means Teacher’s Day in our country. I grabbed my phone and put up a status like this: Happy Teacher’s Day to myself (I chose to be a little bit self-centered today). I wanted to be so. I want this year to be remembered because this marks my second time being a full-time housewife but it has a lot of difference from the last one. We had come across quotes telling you that experience is the best teacher. I can relate. In fact, I believe now that you are your best teacher. What you plan in your head, in…

Back to top