Koleksi Hadis Berkaitan Ilmu

WOUII  kini tampil dengan wajah baru dan produk-produk menarik untuk kegunaan seisi keluarga. WOUII juga membuka peluang perniagaan kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan produk jualan melalui pembelian secara borong bagi produk-produk yang dipaparkan di dalam online shop kami.

Klik di sini untuk maklumat lanjut. 

Bismillah Ya Rahman Ya Rahim. Jom saya kongsikan kepada anda semua koleksi hadis yang berkaitan dengan ilmu. Anda boleh kongsikan hadis-hadis yang lain di dalam ruangan komen sekiranya hadis yang anda tahu tersebut tidak disenaraikan di sini. Sebelum tu, suka saya nak ingatkan bahawa entri kali ini tidak akan membincangkan soal kesahihan hadis kerana saya bukanlah ahlinya. Jadi, untuk kesahihan, eloklah kita berhubung terus dengan yang arif. Perkongsian ini adalah sebagai muhasabah diri sahaja.

Hadis 1

Daripada Ali bin Abu Thalib r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w.bersabda, ïlmu itu ibarat gedung, dan kuncinya adalah bertanya. Maka, hendaklah kamu sering bertanya agar kemudian kamu diberi rahmat Allah. Dan sesungguhnya pertanyaan itu bakal diberi pahala kepada empat orang. Pertama, orang yang bertanya. Kedua, guru yang menjawab. Ketiga, orang yang mendengar jawapan tersebut. Keempat, orang yang mencintai mereka.”

Hadis 2

Ya Allah, berilah manfaat dengan apa yang Engkau telah ajari  aku,alimkanlah aku dengan ilmu yang bermanfaat bagiku, dan rezekikanlah ilmu yang bermanfaat kepadaku. (An-Nasai’e dan Al Hakim)

Hadis 3

“Ya Allah sesungguhnya aku berlindung denganMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak puas, dan dari doa yang tidak didengari”. (HR. Muslim : 1295, At-Tirmizi dan An Nasai)

Hadis 4

Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya. (Hadis Riwayat Bukhari).

Hadis 5

Barang siapa yang keluar mencari ilmu maka dia berada di jalan Allah sehingga dia pulang.” (Hadis Riwayat At-Tarmizi)

Semoga menjadi manfaat kepada kita setiap ilmu yang baik dan moga kita dijauhi dari ilmu-ilmu yang merosakkan. Apakah ilmu yang merosakkan tu? Kongsikan jawapan anda di ruangan komen, ya?

Syeri 

Instagram: syarifah.hafsah
Newsletter: www.wouii.com

 

WOUII  kini tampil dengan wajah baru dan produk-produk menarik untuk kegunaan seisi keluarga. WOUII juga membuka peluang perniagaan kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan produk jualan melalui pembelian secara borong bagi produk-produk yang dipaparkan di dalam online shop kami.

Klik di sini untuk maklumat lanjut. 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RELATED POST

Read to Write

WOUII  merupakan laman web berkonsepkan kids and moms yang membantu ibu bapa serta sesiapa sahaja yang mencari produk barangan bayi sebagai barangan untuk…

Exam Mode ON: 3 Tip Motivasi Untuk Anak Anda

WOUII  merupakan laman web berkonsepkan kids and moms yang membantu ibu bapa serta sesiapa sahaja yang mencari produk barangan bayi sebagai barangan untuk…

The Holy Al-Quran (and Smash Hits)

WOUII  merupakan laman web berkonsepkan kids and moms yang membantu ibu bapa serta sesiapa sahaja yang mencari produk barangan bayi sebagai barangan untuk…

Learning How To Learn – Picking One From The 7 Types of Intelligences (Kinaesthetic Intelligence)

WOUII  merupakan laman web berkonsepkan kids and moms yang membantu ibu bapa serta sesiapa sahaja yang mencari produk barangan bayi sebagai barangan untuk…