Exam Mode ON: 3 Tip Motivasi Untuk Anak Anda

WOUII  merupakan laman web berkonsepkan kids and moms yang membantu ibu bapa serta sesiapa sahaja yang mencari produk barangan bayi sebagai barangan untuk memulakan perniagaan mereka sendiri. Tidak seperti laman web yang lain, WOUII menyediakan  FREE SHIPPING COST untuk barangan bayi tertentu. WOUII membantu ibu bapa mendapatkan barangan bayi dan kanak-kanak melalui systematic reward, dropship & wholesale facilities.

Klik di sini untuk maklumat lanjut. 

Setiap tahun pada waktu ini adalah waktu paling stress anak-anak terutamanya mereka yang bakal menghadapi peperiksaan-peperiksaan besar seperti UPSR, PT3 & SPM. Bila exam mode on, pasti ibu bapa juga terkesan dengan kadar stress anak-anak. Kesianpun ada, risau apatah lagi. Jadi, hari ni teacher  nak ajarkan 3 tips untuk ibu bapa memotivasikan anak-anak yang dalam exam mode. 

No hardship ever last forever

Di dalam surah Alam Nasyrah Allah berpesan kepada hamba-Nya, bahawa setelah kesusahan akan datang kesenangan. Malah, ayat ini diulang sebanyak DUA KALI di dalam surah tersebut. Maka, eloklah kalau kita sama-sama bermuhasabah dengan ayat ni. Semoga dipermudahkan urusan anak-anak kira.

 

Anak-anak yang sentiasa mengingati Allah dalam kehidupan harian mereka lebih cenderung untuk bersabar dan tabah menuntut ilmu.

Ingatkan semula mereka tujuan menuntut ilmu

Alhamdulillah, kita dilahirkan Islam dan menuntut ilmu juga sebahagian di dalam tuntutan Islam. Hadith ada menyatakan, “siapa yang menghendaki dunia, hendaklah dengan ilmu. Siapa yang menghendaki akhirat, hendaklah dengan ilmu dan siapa yang menghendaki kedua-duanya (kejayaan hidup di dunia dan akhirat) hendaklah juga dengan ilmu”.
(Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim). Oleh itu, sekiranya kita sedar bahawa hidup kita ni memerlukan ilmu sama ada untuk urusan dunia atau akhirat, pastinya kita akan lebih berlapang dada dalam kepayahan menuntut ilmu terutamanya kalau ilmu yang dituntut adalah ilmu ukhrawi.

Melazimi surah Al-Fatihah

Surah Al-Fatihah ini adalah surah paling besar hadiah dari Allah sehinggakan ianya boleh digunakan dalam pelbagai situasi sama ada suka ataupun duka. Al-Fatihah ini adalah ummul kitab. Apa yang ada faham mengenai perkataan ummul? Cuba cari. Tip ke-3 bagi anak anda yang dalam exam mode  ialah untuk melazimi surah Al-Fatihah. Nampak simple tapi adakah betul tajwid kita hari ni? Adakah kita menghayati bacaan kita sewaktu kita membacanya? Di sini, saya kongsikan tafsir surah Al-Fatihah itu sendiri supaya kita boleh memikirkan balik tarbiyah yang ingin Allah sampaikan kita melalui kalam-Nya, Allahu akbar.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.”

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِ

“Segala puji bagi Allah Tuhan (Rabb) seluruh alam.”

الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ

“Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.”

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

“Yang Menguasai pada hari pembalasan.”

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

“Hanya kepada-Mu lah Kami beribadah dan hanya kepada-Mu lah Kami meminta pertolongan.” (ingatkan anak-anak kita mengenai janji kita pada Allah yang satu ni).

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ

“Tunjukilah Kami jalan yang lurus.” (semoga anak-anak kita diberikan ilmu yang benar bukannya yang salah).

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ

“Yaitu jalannya orang-orang yang Engkau berikan nikmat atas mereka.”

غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

“Bukan jalannya orang-orang yang dimurkai dan bukan pula jalan orang-orang yang tersesat.” (semoga kita sekeluarga terlepas dari ilmu-ilmu yang membinasakan serta menyesatkan, nauzubillah min zalik).

Akhir sekali, pesanan teacher  pada kali ini untuk mereka yang sedang membaca Exam Mode ON: 3 Tip Motivasi Untuk Anak Anda ini, Allah mengingatkan kita dalam surah Al- Baqarah, yang berbunyi ”Dan jika hamba-Ku meminta kepada-Ku, ketahuilah bahwa Aku dekat, Aku niscaya akan mengabulkan permintaan orang-orang yang meminta jika mereka benar-benar meminta.” (QS Al Baqaroh:186). Allahu akbar. Semoga Allah mengampunkan kita semua.

Syeri 

Instagram: syarifah.hafsah
Newsletter: www.wouii.com

 

WOUII  merupakan laman web berkonsepkan kids and moms yang membantu ibu bapa serta sesiapa sahaja yang mencari produk barangan bayi sebagai barangan untuk memulakan perniagaan mereka sendiri. Tidak seperti laman web yang lain, WOUII menyediakan  FREE SHIPPING COST untuk barangan bayi tertentu. WOUII membantu ibu bapa mendapatkan barangan bayi dan kanak-kanak melalui systematic reward, dropship & wholesale facilities.

Klik di sini untuk maklumat lanjut. 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RELATED POST

Koleksi Hadis Berkaitan Ilmu

WOUII  kini tampil dengan wajah baru dan produk-produk menarik untuk kegunaan seisi keluarga. WOUII juga membuka peluang perniagaan kepada sesiapa…

Read to Write

WOUII  merupakan laman web berkonsepkan kids and moms yang membantu ibu bapa serta sesiapa sahaja yang mencari produk barangan bayi sebagai barangan untuk…

The Holy Al-Quran (and Smash Hits)

WOUII  merupakan laman web berkonsepkan kids and moms yang membantu ibu bapa serta sesiapa sahaja yang mencari produk barangan bayi sebagai barangan untuk…

Learning How To Learn – Picking One From The 7 Types of Intelligences (Kinaesthetic Intelligence)

WOUII  merupakan laman web berkonsepkan kids and moms yang membantu ibu bapa serta sesiapa sahaja yang mencari produk barangan bayi sebagai barangan untuk…