Category: Coretan Umum

Suamiku Bukan 5 Sen

Suamiku Bukan 5 Sen

  Aku baru sahaja, derhaka tatkala, sang suami mengutip kepingan syiling di lantai kamar.   Sekeping syiling 5 sen, yang kurasa tidak apa-apa itu, Allahu, aku baru sahaja derhaka kerana 5 sen.   Aku baru sahaja, derhaka tatkala, suamiku merendahkan kepalanya, lalu tunduk mengutip syiling yang kubiarkan sahaja.   Mengapa aku terlalu enteng, 5 sen bagiku mungkin tak penting, tapi mungkin untuk itu juga keringat suamiku dibanting.   Maafkan aku sayang, nilaimu bukan pada wang dan syiling, engkau bukan untukku yang biasa-biasa, usahamu bukan bagiku tidak ada apa-apa. Tapi jelas, aku malas. Maka engkau mungkin rasa tak dihargai, engkau mungkin rasa berkecil hati.   Maaf ya, sayang. aku baru sahaja derhaka.  

Jiranku

Jiranku… 14 April, 2019.  Di saat ini sahabatku menjadi balu. Luluh hati saya mendapat perkhabaran ini. Janda pernah menjadi status saya dan atas dasar apa sekalipun status itu lahir,  tiada siapa akan berasa kuat untuk menerimanya. Suami kesayangan sahabat saya ini bukanlah orang luar di sisi saya, tetapi jiran sewaktu saya kecil dahulu. Abang Jamil, mungkin saya tak pernah memohon maaf, tetapi saya tetap ingat dosa saya pada abang. Abang Jamil merupakan ahli keluarga kepada seorang penyanyi 90-an yang amat terkenal satu masa dahulu. Abang Jamil duduk bersebelahan dengan rumah saya, menyewa dengan abang-abang bujang yang lain. Waktu itu, saya berusia 8 tahun. Kulitnya yang putih, tinggi lampai – sememangnya Abang Jamil adalah lelaki yang tampan sewaktu usia mudanya. Saya,…

Dilema Si Ibu Tiri

Dilema Si Ibu Tiri

Dilema Si Ibu Tiri Sewaktu suami saya memberitahu tarikh untuk bertemu anak-anaknya, saya menyatakan ketakutan saya untuk menempuh saat itu. Ditanya mengapa, saya jawab: “Kita ni di zaman ibu tiri takutkan anak-anak. Bukan lagi zaman mitos mak tiri jahat macam hantu.” Dan akhirnya kami bertemu beberapa kali. Setiap kali pertemuan, ada yang dah berjumpa sebelumnya dan ada juga yang berjumpa dengan saya buat pertama kali. Pertemuan dengan anak-anak tiri saya berlanjutan sehinggalah hari pernikahan kami. Alhamdulillah, kami bergabung menjadi keluarga baru. Syukur alhamdulillah. Saya gembira kerana Allah mencampakkan perasaan complete dalam hati saya pada saat itu hinggalah kini. Alhamdulillah. MasyaAllah. Bermulalah kehidupan kami sebagai sebuah keluarga. Seperti keluarga lain, keluarga kami pun ada asam garamnya. Ada tangis dan tawa saling…

Puasa Pertama Sebagai Seorang Ibu

Puasa pertama sebagai seorang ibu Benarlah banyak kata-kata yang menyatakan bahawa para ibu adalah sekuat-kuat manusia. Puasa pertama saya sebagai seorang ibu amat mengagumkan. Walaupun saya ini seorang ibu instant, tetapi tugas dan tanggung jawab sebagai ibu tiada bezanya. Saya sama seperti ibu-ibu yang lain, atau lebih tepat; saya sama seperti suri rumah yang lain. Alhamdulillah, dengan izin Allah, suami membenarkan saya membuat keputusan untuk tidak bekerja dan duduk di rumah. Setelah 3 tahun makan gaji, akhirnya termakbul doa untuk kembali freelancing dan aktif berniaga dan menguruskan perniagaan online saya di www.wouii.com Sudah jadi asam garam, apabila menjadi suri rumah, agenda utama ialah menjaga makan pakai anak-anak dan suami. Namapun makan pakai, jadi pastinya lagenda pertama ialah mengisi perut anak-anak…

Antara Drama Nur dan Kenyataan Hidup

Betapa seronoknya kita apabila semangat Malaysia Baru yang kita perolehi daripada kemenangan besar pilihan raya awal bulan lepas memberi impak dan semangat baru kepada banyak aspek kehidupan kita. Sengaja atau kebetulan, drama dan filem kita juga berubah rentak. Terbaru, setelah demam pilihan raya, dan keheningan Ramadhan, kita dilanda syahdu asmara dan dilema antara kenyataan hidup dan hidayah Allah menerusi drama 19 episod berjudul Nur. Terdahulu saya mengucapkan tahniah kepada penulis drama ini kerana memaparkan bahagian dan babak pelacuran dalam bentuk yang amat minimalis dan menekankan konsep kehidupan sebagai pergolakan rasa utama untuk kita sebagai penonton. Apa yang menarik mengenai drama ini ialah skripnya yang sangat hampir kepada penonton sehingga kita sendiri terasa bahawa, jika kita bukan seorang pelacur yang mencari…

Back to top