Ulasan Buku – Budak Kelas Belakang Langkahnya Panjang

Saya ni jarang baca buku ala-ala hipster tetapi kali ni apabila buku ini dihasilkan dari orang yang membuka pintu untuk saya semakin mendalami bidang penulisan, maka saya amat berminat untuk mendapatkan buku hasil nukilan saudara Kaizan Nazlan ini. Tajuknya mungkin lebih sedap dan mudah diingat sebagai Budak Kelas Belakang, namun pada pendapat saya, kulit bukunya lebih menarik dari tajuk tersebut dan saya berasa amat akrab dengan grafik kulit buku tersebut. Grafik seorang budak lelaki menjunjung kerusi – saya pun pernah kena denda macam tu walaupun tak pernah berada di kelas belakang. Di awal buku ini, penulis banyak menumpukan penulisannya pada hal-hal pendidikan negara seperti pengklasifikasi pelajar, sikap guru, malah perasaan beliau sendiri terhadap sistem pendidikan. Sebagai seorang guru, saya banyak…