Month: May 2018

10 Tips Untuk 100 Blog Entry Pertama Anda

Bagi yang tidak suka menulis, perkara ini bukanlah mudah tetapi ianya benar-benar tidak mustahil. Walaupun saya telah berblog sejak bertahun lamanya (menerusi blog yang lain dari di sini), perkara ini bukanlah mudah di peringkat awal, apa lagi pada masa permulaan itu, blog yang hendak dinaikkan adalah untuk memenuhi homework kelas perniagaan saya. Dahsyat! Sukar, writer’s block tu memang ada. Namun, apabila saya telah mula meletakkan niat untuk mengumpul seberapa banyak content untuk marketing saya, saya mula mengubah persepsi saya terhadap tugasan ini sekali gus mengubah cara kerja. Berikut adalah beberapa tips untuk membantu anda yang baru hendak memulakan blog atau mungkin juga anda tersekat di skala 6 blog anda. Ini untuk anda. Sediakan template Ini adalah motivasi paling simple yang saya sediakan untuk diri saya. Walaupun menyediakan…

Qanaah Di Aidilfitri

Apakah itu Qanaah? Qanaah adalah satu perasaan agung di dalam hati yang perlu dididik di dalam hati setiap insan bergelar manusia. Qanaah adalah perasaan cukup serta merasa rela dengan segala yang disampaikan atau disediakan oleh Allah setelah seseorang itu berusaha dengan jalan yang benar terhadap apa yang diinginkannya. Seseorang itu juga boleh dikatakan berada di dalam sifat qanaah apabila dia berasa syukur dengan apa yang sedia ada kerana dia mengerti keadaan tersebut adalah apa yang Allah tentukan untuknya. Jadi, bagaimana caranya kita bersifat Qanaah menjelang Aidilfitri? Check Before Buying New Perhatikan dulu apa yang masih elok untuk digunakan. Agak pelik masyarakat kita apabila sentiasa menginginkan baju baru setiap kali menjelang Aidilfitri, walhal, kadang kala Aidilfitri bukanlah bererti kita bebas untuk…

Dari Al-Quran ke Jantung Hati (Sambungan)

Al-Anám (ayat 92) Ayat ini menceritakan tentang keagungan Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. melebihi kitab-kitab yang lain yang sebelum ini diturunkan kepada Rasul Allah yang lain. Ayat ini juga mengajak kita untuk mendirikan solat. Semoga ayat ini membantu anda mendidik keluarga anda untuk bertadabur dengan Al-Quran serta mengerjakan solat. Al-Aaraf (ayat 199) Sekali lagi, Al-Quran mengajak kita memaafkan orang serta menolak kejahatan dengan kebaikan melalui ayat 199 ini. Ayat ini jelas mengajak kita untuk sentiasa amal makruf nahi mungkar, iaitu mengerjakan kebaikan dan meninggalkan keburukan serta mengajak orang lain ke arah yang sama. Al-Aaraf (ayat 201)  Ayat ini mengajar kita agar apabila terganggu oleh godaan syaitan untuk melakukan kejahatan atau kemungkaran, hendaklah kita kembali mengingati Allah dan merasa takut…

Dari Al-Quran ke Jantung Hati

Al-Fatihah Surah Al-Fatihah yang juga dipanggil sebagai ummul kitab ini sepatutnya menjadi surah pertama yang diajar dan dihafal oleh anak-anak kita kerana ianya merupakan surah wajib di dalam solat serta surah ini mempunyai seribu kegunaan sama ada digunakan untuk sedekah kepada orang tua (sama ada yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia), doa memuji Allah dan sebagainya. Al-Baqarah (ayat 183) Inilah ayat popular yang menerangkan mengenai kewajipan berpuasa. Surah ini elok dijadikan dalil untuk melatih anak-anak berpuasa di bulan Ramadhan. Al-Baqarah (ayat 263) Ayat ini menerapkan kepentingan untuk bertutur kata dengan bahasa dan perkataan yang baik serta belajar memaafkan kesalahan orang lain. Ini adalah cara halus yang anda boleh sematkan di hati anak-anak anda agar sentiasa membaiki tutur kata mereka…

Ideal Names From The Asma ul Husna (Part 2)

MasyaAllah, it’s amazing how people react to the previous post on Ideal Names From The Asma ul Husna even though there were just some names out of the first 42 names of Allah from the asma ul husna. I have decided to share more names due to this overwhelming response. Thank you all for that. Here goes your wish: Al-Hakim (Malay translation: Maha Bijaksana – The Most Intelligent) Al-Majid (Malay translation: Maha Mulia – The Most Honourable) As-Syahid (Malay translation: Maha Menyaksikan – The Witness) Al-Haqq (Malay translation: Maha Benar – The Truthful) Al-Matin (Malay translation: Maha Kukuh – The Most Firm / Sustainable) Al-Hamid (Malay translation: Maha Terpuji – The Most Respected) Al-Wahid (Malay translation: Maha Unik – The Most…

Back to top