Month: August 2017

5 Sebab Best Anda Patut Bawa Anak Anda Ke Perarakan Hari Merdeka Esok Pagi

Sewaktu entri ini ditulis, Kuala Lumpur baru saja dihujani oleh rakyat Myanmar yang menetap di Malaysia yang berkumpul bagi menyerahkan memorandum agar kezaliman terhadap rakyat Rohingya dihentikan. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, kemerdekaan adalah hak setiap insan yang hidup di muka bumi ini. Dan sesungguhnya dunia ini milik Allah s.w.t. yang hakiki. Di sebalik kerancakan kita meraih emas perak dan gangsa di acara Sukan SEA yang sedang berlangsung, kita juga bakal menyambut ulangtahun hari kemerdekaan negara kita tidak kurang 4 jam dari sekarang. Oleh itu, saya kongsikan di sini 5 sebab best anda patut bawa anak-anak anda ke perarakan hari merdeka esok pagi. Sebahagian sebab juga adalah dari pengalaman peribadi saya yang dialami pada usia 6 tahun kira-kira 27tahun yang lalu….

Sukan SEA 2017: 3 Pelajaran Hebat Di Sebalik Kekalahan 1-0 Bola Sepak Malaysia dan Thailand

Semalam kita melihat permainan yang amat dinanti-nantikan iaitu bola sepak di antara Malaysia dan Thailand. Keputusan memihak kepada Thailand, dengan markah 1-0 yang diperolehi akibat kesilapan penjaga gol negara kita. Ya, itulah kesilapan dan kesilapan adalah milik kita semua yang bergelar manusia. Namun, disebalik kesilapan itu, saya tertarik untuk berkongsi 3 pelajaran hebat yang dapat kita terapkan dalam kehidupan harian kita di sebalik kekalahan 1-0 bola sepak Malaysia dan Thailand. Jujur saya katakan bahawa artikel ini saya tulis adalah 100% kerana gambar TMJ menepuk bahu coach  Datuk Ong Kim Swee di bawah. Terlalu hebat gambar di bawah ini dan hanya yang sempat memandang dapat menilai moment ini. 1) Mengakui kesilapan sendiri dan bertanggung jawab ke atas kesilapan tersebut Bukan semua kesalahan mengubah hidup…

Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 – Terima Kasih, Malaysia

Terima kasih Malaysia. Itu saja yang mampu diucapkan untuk kesemua yang terlibat dengan Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur kali ini. Secara peribadi, ini adalah hadiah terindah untuk kita bersempena Hari Kemerdekaan esok dan Aidiladha lusa. Tahniah kepada Malaysia, selepas Commonwealth Games di tahun 1998, kali ini kita berjaya dengan cemerlangnya dari segi penganjuran dan juga kemenangan. Hadiah ini adalah yang terindah untuk kita. Dari kemenangan Sultan Mizan, Khairy Jamaludin, Shalin Zulkifli, Qabil Ambak dan keluarga, hinggalah ke Ziyad Zolkefli, kita melihat bagaimana sukan menyatukan kita tanpa mengira darjat dan keupayaan fizikal. Ini adalah  sejarah yang patut dikenang sepanjang masa. Akhir kata, ucapan tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua yang terlibat dengan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. Ini hadiah kemerdekaan…

3 Pelajaran Yang Diperolehi Dari Sejarah Qurban Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi A.S.

Syukur alhamdulillah bulan Zulhijjah kembali lagi tahun ini dan kita masih diberi kesempatan menikmatinya. Di bulan yang mulia ini beberapa ibadah berlaku antaranya, musim haji dan Hari Raya Qurban atau Aidiladha. Antara peristiwa yang cukup sinonim dengan ibadah Qurban ini ialah sejarah Qurban Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail a.s. yang menceritakan ketakwaan dua hamba Allah yang redha menerima perintah Allah serta anugerah dari Allah di atas ketakwaan itu. 3 pelajaran dapat kita kongsikan bersama ahli keluarga kita melalui peristiwa dua insan agung ini, adalah seperti berikut: 1 # Memohon hanya kepada Allah Nabi Ibrahim a.s. yang sudah sangat tua satu hari memohon agar dikurniakan anak dari golongan yang saleh (As-Saffat:100). Hal ini jelas dinyatakan di dalam al-Quran dan mengajar…

7 Jangan Yang Disarankan oleh Rasulullah s.a.w.

Berikut adalah 7 jangan yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian bersama anak-anak. # 1 – Jangan Marah Percaya atau tidak, inilah larangan dari Rasulullah s.a.w. Ajarilah anak-anak dengan hikmah dan elakkan marah tak kiralah sama ada terhadap ahli keluarga atau orang luar. Sabar. Sabar kan separuh dari iman. # 2 – Jangan Banyak Ketawa Orang yang banyak ketawa hatinya mati. Dan hati yang mati hanya dapat dihidupkan dengan al-Quran. Maka, banyakkan membaca ayat-ayat suci al-Quran bersama ahli keluarga anda. # 3 – Jangan Menyekutukan Allah  Bagi anda yang beragama Islam, tiada Tuhan melainkan Allah. Itulah janji kita sebelum dilahirkan hingga ke akhir hayat kita. Oleh itu, kembalilah kepada jalan yang benar. Mulakan dengan membaiki…

Back to top