1 Hari 1 Sunnah : Pengertiannya

Alhamdulillah dengan izin Allah tergerak hati saya untuk share perkara-perkara sunnah bagi memenuhi nikmat bacaan anda melalui siri 1 hari 1 sunnah. Semoga penulisan ini menjadi asbab kita diampunkan dosa oleh Allah azza wajalla dan dikenali oleh penghulu kita Rasulullah S.A.W. Sebelum memulakan, elok saya bercerita sikit mengenai pengertian sunnah.

Sunnah merupakan setiap perkataan, percakapan, perbuatan, pembenaran (yakni affirmation) Rasulullah S.A.W. yang mana jika kita amalkan alhamdulillah, mendapat pahala, namun jika tidak diamalkan, tidaklah pula kita mendapat dosa. Cuma, bagi pendapat saya, sebagai orang Islam, yang terbaik untuk kita adalah untuk melakukan segala apa yang dilakukan oleh nabi junjungan kita Rasulullah S.A.W. Bukankah kita umatnya dan dia adalah rahmatan lil alamin – rahmat seluruh alam. Allahu akbar, untuk apa kita mengikut-ikut benda yang tidak bermanfaat sedangkan kita telahpun diutuskan seorang Rasul untuk diteladani.

Bagi memulakan siri 1 Hari 1 Sunnah hari ini, mari kita mulakan dengan sunnah pertama sewaktu kita bangkit dari tidur, iaitu mengusap wajah kita dengan tangan sebaik sahaja kita bangun dari tidur.

Sabda Rasulullah S.A.W., dari hadis riwayat Muslim:

Rasulullah S.A.W bangun dari tidur, lalu Baginda duduk sambil mengusap wajahnya dengan tangan.

Alhamdulillahillazi ahyana ba’da ma amatana wa ilaihinnusyur (Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah kami dimatikanNya dan kepadanNyalah kami dikembalikan).

Rasulullah S.A.W bangun dari tidur, lalu Baginda duduk sambil mengusap wajahnya dengan tangan. – Hadis Riwayat Muslim

Saya amalkan sunnah ini sambil bertasbih, bertakbir dan bertahmid kerana bagi saya, syukur alhamdulillah, setiap hari kita bangun, Allah masih mengizinkan kita melihat dunia ciptaanNya. Kalau kita ingat kepada Rasul-Nya, mengapa pula kita tidak mampu memupuk hati untuk mengingati Sang Pencipta kita. Wallahualam.

Bagi menjayakan program 1 Hari 1 Sunnah ini, saya amat menggalakkan cadangan bahan bacaan yang boleh saya guna pakai untuk perkongsian saya. Bantu saya menyebarkan kebaikan dengan mencadangkan buku-buku Islamik di sini.

 


soalbaby

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top